Program Bicara Psikologi PETRA Siri 1 Tahun 2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟎 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) NAHRIM telah menganjurkan Program Bicara Psikologi PETRA Siri 1 Tahun 2025 yang bertajuk Reset Minda : Dari Burnout Ke Breakthrough bertempat di Auditorium Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Seri Kembangan pagi tadi.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada warga PETRA di jabatan dan agensi menghadiri program ini. Program ini telah dirasmikan oleh Ir. Ts. Dr. Safari Hj. Mat Desa, Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai, NAHRIM mewakili Ketua Pengarah NAHRIM. Sesi ceramah telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Naniyati binti Shuib, Pegawai Psikologi (Klinikal), Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Cyberjaya.
Objektif pelaksanaan program Bicara Psikologi PETRA ini adalah untuk menerapkan kemahiran mengurus isu psikologi di tempat kerja seperti pengurusan emosi, stres, perubahan sikap, set minda, perhubungan individu dan lain-lain kepada warga kerja PETRA.
Objektif ini adalah selaras dengan Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Pengurusan Psikologi Versi 1.0 Tahun 2022. Matlamat akhir dari pelaksanaan program ini adalah untuk mengoptimum pembangunan modal insan dalam membudayakan elemen nilai dan etika kerja yang baik serta memupuk sikap yang positif dalam kalangan warga kerja.